07/07/2013
Salam Jumaat penghulu sekalian hari....... Seteleh sekian lama sibuk menguruskan macam2 hal harinie aku nak hupdet skit crita lama beberapa hari sebelum umat Islam menunaikan Rukun Islam ke 4 dengan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang xdan nk upload hehehe..... Sebelum 2 aku nak cerita serba sikit pasal Bukit Broga nie :
1. Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4
kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
2. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum
sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi
lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
3. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar
matahari terbit dan terbenam.
4. Pendakian sejauh 1.7km yang mengambil masa 1 jam bagi pendaki amatur dan 1/2 jam
bagi pendaki expert. Ianya juga terletak bersebelahan dengan Gunung Tok Wan sejauh
4.8km.
Perjalanan kitorang bermula pukul 5.30am berkumpul di Fakulti Perubatan Uitm Sungai Buloh. Bertolak ke Bukit Broga lead by Rahimi n singgah bersembahyang subuh serta membeli sedikit sarapan sebelum mendaki di hentian Sungai Besi..... Sampai di tapak parking di kaki bukit Broga lebih kurang 7.30am sebab x kejar sunrise pun n tujuan datang sebab nak beriadah dengan bayaran parking kalau x silap rm 2.00 di tanah kebun kelapa sawit hak milik persendirian..... Berbekalkan sedikit sarapan n bekalan makanan untuk kudapan di puncak hasil dari kutipan semua terlibat, kitorang memulakan pendakian.......
Pendakian yang mengambil masa 1 jam sebab semua pendaki amatur n kepenatan hehehe......
Bergambar di sekitar puncak Bukit Broga dengan pelbagai aksi dan gaya........
Bekalan makanan hasil kutipan lepas penat mendaki......
Pemandangan dari puncak Bukit Broga.....
Gambar-gambar candid sepanjang berada di puncak Bukit Broga.......
Perjalanan menuruni Bukit Broga sempat g bergambar........
Seperti selalu perkara yang x di rancang akan berlaku, dengan keadaan sehelai sepinggang dan lagi tringat nak mandi air terjun pulak...... So fikir punya fikir tringat masa nak sampai tadi terbaca signboard air terjun Sungai Tekala n mulalah masing2 duk carik dalam map...... Thanks 2 garmin maps..... Dengan berbekalkan sehelai sepinggang decide la nak shopping baju mandi kat tesco berdekatan. Dah dapat semua yang di carik, apalagi jom mandi......
Semangat mandi air terjun..... pape pun air terjun xdapat dipisahkan........
Serba sedikit info pasal Air Terjun Sungai Tekala nie :
Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.
Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :
- Gerai menjual makanan dan minuman
- Surau
- Bilik persalinan
- Tempat berteduh
- Tong sampah
Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :
- Meranti
- Meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
- Meranti tembaga ( shorea leprosula )
- Penarahan ( myristieaceae )
- Keruing mempelas ( diptrocarpus crinitus )
- semaian pokok petai
- Durian
- Jering.
No comments:
Post a Comment