14/06/13-16/06/13
Salam 18 Ramadhan bagi seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. , entri kali nie aku nak cerita sikit pasal house 2 house follow up kitorang kat Ulu Dong Raub Pahang. Sama seperti entri House 2 House Ketereh yang mana nie adalah usaha terakhir yang kami semua lakukan untuk mencari peserta program agar tidak lenyap macam tue je.... Untuk pengetahuan korang semua, kawasan Ulu Dong nie lah pernah terpahat sejarah pahit di mana kalau korang semua ingat kejadian pembunuhan paling kejam dalam Malaysia iaitu bekas Adun Batu Talam , Pahang Datuk Mazlan Idris yang dilakukan oleh Mona Fendi pada tahun 1993.... Cerita selanjutnya korang leh baca kat link nie Pembunuhan paling kejam . Tapi sekarang kawasan Ulu Dong lebih di kenali sebagai kwasan eco pelancongan antaranya air terjun Lata Jarum serta terdapat beberapa Homestay Pulau Chekas yang di miliki oleh penduduk stempat. Menurut cerita penduduk setempat, rumah milik Mona Fendi juga telah dirobohkan penduduk kampung bagi mengelakkan sebarang aktiviti tidak sihat berlaku. Okay sambung balik bab kerja dah jauh menyimpang nieh... kami bertolak pukul 3 petang dari kampus menaiki van yang di pandu oleh Abang Jamsani dan sampai lebih kurang pukul 5 petang di tempat penginapan biasa iaitu Hotel Jelai Raub sebab kemudahan yang di sediakan lengkap beserta sarapan pagi and agak murah dan selesa berbanding hotel lain. So sapa yang kesana bercadang nak menginap boleh lah search dalam google pasal hotel nie...
HAri PERtama
Hari Pertama kami di bantu oleh penduduk kampung lebih di kenali sebagai Ustaz atau cikgu oleh masyarakat orang asli di situ kerana beliau pernah berkhidmat sebagai guru agama yang mengajar dan menjaga kebajikan mereka..... dengan kitorang Ustaz nie lebih mesra jika di panggil dengan panggilan Bong....
Rumah seterusnya lepas kenyang makan free hehehe termasuk 2 orang masyarakat orang asli..... Bong memakai baju bewarna oren dalam gambar..........
Lepas 1 rumah ke 1 rumah kitorang terjah macam2 jumpa de yang xde kat rumah de yang kematian ahli keluarga n de yang rumah de anjing kt luar pagar rumah tapi xpasti mana datang anjing 2 samada bela ataupun liar kerana peserta 2 islam...
Antara pemeriksaan yang di jalankan ke atas peserta..... makcik yang dalam gambar sebelah kanan nie duk becerita pasal rumahnya yang baru terbakar katanya n duk 2 beradik jer skarang anak2 dah besar bawak haluan masing2...... tringat sok kita dah tua cmne la nasib kita nanti hanya Allh S.W.T je yang tahu.....
Akak yang sebelah kiri gambar tengah sibuk buat lemang tempahan pelanggan n masa follow up tahun kedua rumah akak nie baru lepas terbakar....
HAri KEdua
Hari kedua selepas sarapan n check out hotel misi mencari peserta di teruskan lagi bagi mencari baki yang belum jumpa tetapi hari nie bergerak sendiri tanpa di bantu Bong sebab tinggal x banyak n kebetulan Bong de urusan lain.....
Habis je mencari baki peserta yang tinggal pe lagi sebelum bertolak balik rehatkan minda n badan dulu mandi kat kawasan Rekriasi Hutan Lipur Air Terjun Lata Jarum seperti yang di ceritakan awal tadi....
Dah sejuk beku mandi n makan makanan ringan yang di beli sebelum mandi tadi, terus salin baju n bertolak balik ke kampus...... dalam perjalanan balik singgah makan di pekan Raub dulu sebab lapar penangan mandi tadi n boleh di katakan pekan Raub memang susah nak cari kedai makan yang masakannya sedap n murah sebab kat Raub harga makanan macam kat KL...... Kenyang makan kononya nak singgah mandi air panas kat Bentong lak tapi sampai je terus x jadi mandi sebab tengok kolam air panas die tak best n dekat ngan jalan agak terbuka n xde kemudahan asas (tak di selenggara dengan sempurna) so terus jela balik kampus........
No comments:
Post a Comment