26/05/2013-30/05/2013
Salam Jumaat semua penghulu sekalian hari.... kali nie aku nak kongsi sikit cerita pasal house to house follow up 3rd year bagi kawasan Ketereh.... Untuk pengetahuan korang semua nie adalah usaha ataupun jalan terakhir bagi kitorang untuk mengumpul & mendapatkan maklumat peserta yang mengikuti program ini sejak tahun pertama sebelumnya..... selepas follow up tahun kedua, susulan pemeriksaan kesihatan akan di jalankan semula keatas peserta ataupun lebih di kenali sebagai susulan pemeriksaan kesihatan tahun ke 3..... Selesai program di dewan atau tempat yang di tetapkan, barulah bermula misi call peserta yang tidak hadir mengikuti pemeriksaan untuk mendapatkan butiran selanjutnya.... Selepas itu barulah bermula misi rumah ke rumah mencari peserta yang tidak dapat di hubungi ataupun LOST CONTACT agar mereka tidak tercicir dari program....
Perjalanan pergi singgah sebentar bersarapan di Restoran Lemang To' Ki Bentong Pahang
Hari pertama bekerja murah rezeki kerana kitorang di jemput bersarapan di rumah Cikgu Ramli ataupun lebih di kenali sebagai pengerusi rukun tetangga Ketereh
Selesai bersarapan, taklimat ringkas di berikan oleh Cikgu Ramli tentang pembahagian kawasan serta penunjuk arah yang akan mengiringi untuk misi rumah ke rumah bagi melancarkan lagi kerja
Selesai tugasan hari pertama, petang adalah masa untuk merehatkan badan & otak lepas penat bekerja sebelah pagi n time tu jugak la alarm van buat hal xnak bukak locknya (bateri remote alarm dah kong) so usaha plak la kitorang mencuba bukak pintu van...
Aktiviti sebelah petang pe lagi men bowling la kat KB Mall (mengikut plan yang di rancang)
hari ke 2 bekerja selepas selesai bersarapan kitorang terus menuju ke Balai KRT Ketereh untuk meneruskan pencarian peserta di sekitar kawasan Ketereh
Di sebabkan kerajinan kitorang yang melampau nie la hasilnya hari ke 3 pepagi g lepas sarapan terus g Pasar Siti Khadijah pastu Rantau Panjang & last malam 2 g Wakaf Che Yeh borong pe yang patut tu diri sendiri kawan2 n family... hehehe
Hari ke 4, hari perjalanan pulang ke UiTM dari SA Villa Hotel - Jeli - Bukit Bunga - Dabong - Gua Musang - Tanah Rata - Cameron Highland - Brincang - Tapah - UiTM
Macam-macam jumpa sepanjangang perjalanan antaranya Ciptaan Tuhan n gelagat manusia di muka bumi nie.....
Sekian......
No comments:
Post a Comment