Pages

Thursday, 29 August 2013

AkTIviTI RamADHaN

SEPANJANG RAMADHAN


Salam semua pembaca tegar blog nie, kali nie aku pos sikit cerita aktiviti kerja sepanjang bulan Ramadhan almaklumlahkan bulan puasa nie tak boleh makan minumkan so slow skit la aktiviti outing carik patient...... Dekat-dekat nak masuk bulan Ramadhan lepas bos dapat arahan dari bos besar (hehehe) suruh kitorang carik lek sampel lab bagi kawasan jajahan Kota Marudu Sabah first visit sebab de doktor dari IMMB nak wat test pe xingat lak.......... Sampel yang nak carik xla banyak pun dalam 25 sampel je tapi di sebabkan keadaan bilik sejuk kat lab tingkat 1 nie dah huru hara maklumlah menumpang katanya (mengikut info lab tu di gunakan oleh student master tuk run test )........ Jadi diorang nie dengan selamba menolak kesana kemari sampel yang sebelum nie dah di kemas n di susun rapi serta di labelkan mengikut keperluan sampai jadi xtau kemana dah....... Nie la hasilnya bila nak guna kena punggah semua susun lek leklok dalam bilik sejuk tu dahla suhu -20 darjah beku habis 1 badan.....


Gambar bilik n sampel yang di punggah untuk kerja kerja pencarian (2 minit sekali tukar orang masuk carik n punggah sampel )..............



Gambar tekun masing-masing cari sampel yang di perlukan sambil memperbetulakn dan merekodkan id sampel dalam maxicold samada ianya masih ada ataupun hilang.......


Hasil pencarian berhari-hari selama sebulan nie lebih kurang 11 sampel je yang berjaya di temui yang selebihnya akan menyusul kemudian di sebabkan banyak lagi kerja yang perlu disiapkan.......... Hopefully jumpala semua sampel kalau tak jenuh la nak korek mana tak tau.... FOR PURE RA TEAM GUD LUCK dalam menyempurnakan misi pencarian........... Nantikan lagi cerita baru dalam Entri seterusnya InsyaAllah.....

Friday, 23 August 2013

BrOGa HiLL

07/07/2013

Salam Jumaat penghulu sekalian hari....... Seteleh sekian lama sibuk menguruskan macam2 hal harinie aku nak hupdet skit crita lama beberapa hari sebelum umat Islam menunaikan Rukun Islam ke 4 dengan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang xdan nk upload hehehe..... Sebelum 2 aku nak cerita serba sikit pasal Bukit Broga nie :

1. Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 
    kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
2. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum 
    sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi
    lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
3. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar 
    matahari terbit dan terbenam.
4. Pendakian sejauh 1.7km yang mengambil masa 1 jam bagi pendaki amatur dan 1/2 jam 
    bagi pendaki expert. Ianya juga terletak bersebelahan dengan Gunung Tok Wan sejauh 
    4.8km.

Perjalanan kitorang bermula pukul 5.30am berkumpul di Fakulti Perubatan Uitm Sungai Buloh. Bertolak ke Bukit Broga lead by Rahimi n singgah bersembahyang subuh serta membeli sedikit sarapan sebelum mendaki di hentian Sungai Besi..... Sampai di tapak parking di kaki bukit Broga lebih kurang 7.30am sebab x kejar sunrise pun n tujuan datang sebab nak beriadah dengan bayaran parking kalau x silap rm 2.00 di tanah kebun kelapa sawit hak milik persendirian..... Berbekalkan sedikit sarapan n bekalan makanan untuk kudapan di puncak hasil dari kutipan semua terlibat, kitorang memulakan pendakian.......

 Pendakian yang mengambil masa 1 jam sebab semua pendaki amatur n kepenatan hehehe......

 
 Bergambar di sekitar puncak Bukit Broga dengan pelbagai aksi dan gaya........

Bekalan makanan hasil kutipan lepas penat mendaki......

 Pemandangan dari puncak Bukit Broga.....

Gambar-gambar candid sepanjang berada di puncak Bukit Broga.......

 Perjalanan menuruni Bukit Broga sempat g bergambar........

Seperti selalu perkara yang x di rancang akan berlaku, dengan keadaan sehelai sepinggang dan lagi tringat nak mandi air terjun pulak...... So fikir punya fikir tringat masa nak sampai tadi terbaca signboard air terjun Sungai Tekala n mulalah masing2 duk carik dalam map...... Thanks 2 garmin maps..... Dengan berbekalkan sehelai sepinggang decide la nak shopping baju mandi kat tesco berdekatan. Dah dapat semua yang di carik, apalagi jom mandi......

Semangat mandi air terjun..... pape pun air terjun xdapat dipisahkan........

Serba sedikit info pasal Air Terjun Sungai Tekala nie :

Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :

  • Gerai menjual makanan dan minuman
  • Surau
  • Bilik persalinan
  • Tempat berteduh
  • Tong sampah
Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang.
Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :

  1. Meranti
  2. Meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
  3. Meranti tembaga ( shorea leprosula )
  4. Penarahan ( myristieaceae )
  5. Keruing mempelas ( diptrocarpus crinitus )
  6. semaian pokok petai
  7. Durian
  8. Jering.
Cukup dah cerita arinie dah panjang berjela dah, next time aku update g cerita terbaru ok....... Time kasih Allah dan pada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali nie.... InsyaAllah len kali kita planning lagi....



Tuesday, 6 August 2013

SALAM LEBARAN 1434H



Setelah berjuang selama sebulan menahan lapar dan dahaga serta nafsu kini tibalah hari yang di nanti iaitu Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2013 sebagai tanda kemenangan seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Saya dengan ini menyusun 10 jari memohon ribuan ampun dan maaf andai terdapat kesalahan terguris perasaan mana2 pihak dalam menulis semua entri di dalam blog ini samaada dengan sengaja ataupun tidak..... WASSALAM......