Pages

Thursday, 13 June 2013

MaNDI MANda

uLU YAm...... 

09/06/2013

Perancangan yang hampir ntah berapa tahun dirancang akhirnya berkesudahan jugak.... bertitik tolak dengan masalah individu, persekitaran, masa n seangkatan denganya tiba lah masanya segala perancangan n jemputan menjadi nyata bila kesepakatan di capai n tepat 8:00am segalanya bermula dengan semua persiapan yang sama-sama di buat n di beli melalui hasil kutipan semua pihak terlibat..... Ulu Yam here we come.... 


 tiba di Ulu Yam dengan modal rm 4.00 bayar parking so pe lagi mula la proses menyediakan dapur masakan bak kata otai2 xberasap dapur mana nk dapat hasilnya...

dah menyala api pe lagi kasi jadi bara la baru leh bakar-bakar kalau x rentung nanti hehehehe....
 
semangat berpasukan hahaha bakar jangan x bakar....

 antara wajah-wajah setia pembakar ayam.......

 kecerian jelas tergambar di setiap wajah mereka ketika dapat makan di susuli dengan petikan gitar tapi agak trajik xtau mana silapnya hujan lak di tengah2 heheheh........

bakat terpendam yang lama di pendamkan akhirnya xtertahan ......

 pemandangan selepas hujan dengan ketengan yang melanda.......

bakar sudah makan pun sudah beraksi la pulak dalam air.....

aksi-aksi yang berjaya di rakam hahaha....

cover album edisi air terjun bakal terbit 2014...

 lagi aksi yang berjaya di rakam lensa kamera.....

perannnnngggggg...... 4 vs 1

 second round bakar-bakar lepas penat beraksi kali nie western sikit.....

 muka-muka kepenatan lepas lama sangat berendam terutamanya Shamin hehehehe.....

pe pun terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti kali nie insyaAllah pada yang x berkesempatan next time kita cuba rancang aktiviti yang lebih meriah lagi.....






Friday, 7 June 2013

HOuse 2 HOusE KETEREH KELANTAN

3rd YEar FOLlow UP

26/05/2013-30/05/2013


Salam Jumaat semua penghulu sekalian hari.... kali nie aku nak kongsi sikit cerita pasal house to house follow up 3rd year bagi kawasan Ketereh.... Untuk pengetahuan korang semua nie adalah usaha ataupun jalan terakhir bagi kitorang untuk mengumpul & mendapatkan maklumat peserta yang mengikuti program ini sejak tahun pertama sebelumnya..... selepas follow up tahun kedua, susulan pemeriksaan kesihatan akan di jalankan semula keatas peserta ataupun lebih di kenali sebagai susulan pemeriksaan kesihatan tahun ke 3..... Selesai program di dewan atau tempat yang di tetapkan, barulah bermula misi call peserta yang tidak hadir mengikuti  pemeriksaan untuk mendapatkan butiran selanjutnya.... Selepas itu barulah bermula misi rumah ke rumah mencari peserta yang tidak dapat di hubungi ataupun LOST CONTACT agar mereka tidak tercicir dari program....


 Perjalanan pergi singgah sebentar bersarapan di Restoran Lemang To' Ki Bentong Pahang
 
 Hari pertama bekerja murah rezeki kerana kitorang di jemput bersarapan di rumah Cikgu Ramli ataupun lebih di kenali sebagai pengerusi rukun tetangga Ketereh
 
 Selesai bersarapan, taklimat ringkas di berikan oleh Cikgu Ramli tentang pembahagian kawasan serta penunjuk arah yang akan mengiringi untuk misi rumah ke rumah bagi melancarkan lagi kerja
 
 Selesai tugasan hari pertama, petang adalah masa untuk merehatkan badan & otak lepas penat bekerja sebelah pagi n time tu jugak la alarm van buat hal xnak bukak locknya (bateri remote alarm dah kong) so usaha plak la kitorang mencuba bukak pintu van...
 
 Aktiviti sebelah petang pe lagi men bowling la kat KB Mall (mengikut plan yang di rancang)

  
 hari ke 2 bekerja selepas selesai bersarapan kitorang terus menuju ke Balai KRT Ketereh  untuk meneruskan pencarian peserta di sekitar kawasan Ketereh

Di sebabkan kerajinan kitorang yang melampau nie la hasilnya hari ke 3 pepagi g lepas sarapan terus g Pasar Siti Khadijah pastu Rantau Panjang & last malam 2 g Wakaf Che Yeh borong pe yang patut tu diri sendiri kawan2 n family... hehehe
 
Hari ke 4, hari perjalanan pulang ke UiTM dari SA Villa Hotel - Jeli - Bukit Bunga - Dabong - Gua Musang - Tanah Rata - Cameron Highland - Brincang - Tapah - UiTM
Macam-macam jumpa sepanjangang perjalanan antaranya Ciptaan Tuhan n gelagat manusia di muka bumi nie.....  

Sekian......