Pages

Thursday, 14 November 2013

TRAining TRAIning TRAINing......

HOPE-4 MALAYSIA 
HEALTH SYSTEM APPRAISAL
19th-30th AUGUST 2013 
KUALA LUMPUR MALAYSIA 

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (Profesor Dato' Dr Khalid Yusoff)
Population Health Research Institute (PHRI) Canada ( Robby Nieuwlaat & Tara McCready)
London School Of Hygiene And Tropical Medicine (LSHTM) (Isabelle Risso-Gill & Charlotte Kuhlbrandt)

PENGENALAN 


Kami sedang menjalankan satu projek penyelidikan mengenai bagaimana Hipertensi di rawat di Malaysia. Dalam penyelidikan ini, kami akan menemubual pesakit,kakitangan kesihatan, pembuat dasar dan wakil pihak-pihak berkenaan termasuklah anda. 

TUJUAN PENYELIDIKAN 

Penyelidikan ini bertujuan melihat bagaimana pesakit-pesakit hipertensi mendapat penjagaan kesihatan, bagaimana mereka mendapat ubat-ubat secara berkala, bagaimana mereka disusuli, dan bagaimana komplikasi di elakkan. Kami juga ingin mengetahui apakah faktor-faktor (dalam dan di luar sistem kesihatan) yang menolong atau menghalang keberkesanan rawatan dan kawalan penjagaan.

KENAPA PENYELIDIKAN INI DI LAKUKAN 

Tekanan darah tinggi merupakan risiko utama bagi penyakit jantung dan strok. Namun demikian, sebahagian besar penyakit hipertensi terus mengalami tekanan darah yang tidak terkawal seperti yang di syorkan oleh Garis Panduan. Kami perlu memahami sepenuhnya tentang faktor-faktor yang memungkinkan penjagaan optimum, dan apa faktor-faktor yang menghalangnya. Seterusnya kami ingin menterjemahkan penemuan ini kedalam aktiviti harian. Tujuan kami ialah untuk menyediakan satu penilaian terhadap sistem ini bagi tujuan diagnosis, rawatan dan kawalan tekanan darah tinggi, dan membantu memahami pengalaman pemain-pemain di peringkat hadapan (pesakit dan doktor). Kami akan berusaha mengenalpasti halangan supaya kawalan dan rawatan penyakit darah tinggi di Malaysia lebih efektif.

 Penerangan berkaitan projek n sesi berkenalan antara 1 sama lain.....


 Muka-muka semangat nak training.....


 Perbincangan secara berkumpulan.....


 Sambil berbincang sambil mengopi.....


 Tunjuk ajar n sesi perbincangan berkumpulan


Lakonan n tujuk ajar etika melaksanakan tugas.....


Antara ragam peserta sepanjang training.....


Lagi ragam peserta sepanjang training.....


Perbincangan dan penerangan projek


Pembentangan hasil perbincangan kumpulan 1.....


 Pembentangan hasil perbincangan kumpulan 2.....


 Pembentangan hasil perbincangan kumpulan 1.....


Antara intipati dan jalan kerja projek HOPE-4


Gambar candid sepanjang training.....


Bergambar kenangan.....

Monday, 11 November 2013

ReTRo RAya

16/08/2013


Salam Isnin permulaan hari yang malas hehehe kali nie aku eh tukar kasar bunyinya GG nak kongsi sikit cerita pasal raya lepas ( boleh di anggap retro la sebab baru nak kongsi ngan korang semua hehehe ) bersamaan 9 Syawal 1434h bersempena dengan sedikit jamuan raya dalam bilik RA cenTRE...... Hasil perbincangan n persetujuan kitorang semua decide bawak sorang sikit makanan n kuih raya (x sangat la banyak yang bukan kuih raya pun :) )dari rumah masing-masing...... Jom enjoy tengok gambar-gambar yang GG nak kongsi ngan korang semua.....

 Proses penyediaan makanan yang di bawa oleh semua orang.....


 Proses penyediaan air oleh Shamin n Nafiq.....

Antara makanan yang di bawa..... 

Berkumpul sambil menuggu masa makan..... 

 Berposing sambil mengambil makanan.....

 Masing-masing kushyuk menjamu selera (lapaq hehe ).....

Tambah-tambah banyak lagi tu.....

Alhamdulillah kenyang n sedap semua makanan yang korang bawak....... kredit tuk korang semua yang sudi hadir n memeriahkan lagi jamuan raya kali nie InshaAllah tahun depan kita plan lagi n perbanyakkan lagi menu makanan nanti.....

Thursday, 17 October 2013

RaYa GaYa

17/08/2013 (10 SYAWAL 1934)

OPEN HOUSE RUMAH SHAMIN (sambil melawat rumah baru).......


Salam semua arinie aku nak story sikit kisah beraya kat rumah Shamin masa Syawal aritu xsempat nak update sibuk dengan kerja n beberapa urusan yang perlu di laksanakan........... So seperti yang di janjikan berkumpul di rumah aku lebih kurang kul 11:00 pg camtu minum n mkan sikit kuih raya lapik perut sebelum bertolak..... Sampai di rumah Shamin lebih kurang waktu makan tengahari yang terletak di Alam D16 Shah Alam.... Bertepatan ngan menu makan tengahari yang di sediakan oleh tuan rumah sendiri  antaranya nasik minyak, ayam masak merah n macam-macam g kira melantak sampai kenyang hehehe....

 Bergambar time baru sampai.......

 Sesi menjamu selera.......

 Kenyang makan moh bermain.....

 Cucu n tok.....

 Tambah lauk hehehe......

 Bergambar kenangan sebelum balik.........

 Lagi sekali bergambar kenangan............

Dalam duk beraya kat umah Shamin 2 dan lagi terfikir p bejalan so kitorang decide g Setia City Mall kat bila Shamin cadangkan sebab dekat n xpernah pegi........ Nie jadinya raya ngan gaya hahaha......

Bersantai tuggu redup sebelum lepak kat padang depan.....

 
 Posing dulu dekat jambatan.......

 Dan lagi........

 Dan lagi gaya macam2..........

Bergambar sambil tengok pekerja kat situ bagi makan ikan dalam kolam........


Ikan berebut makan roti.........

Bersantai atas padang posing oversea konon2 hehehe...........


Mula wat gaya macam2............


 Buat tangga love..........

Pape pun terima kasih kepada Shamin n family sebab buat open house tuk kitorang makan pun sedap sangat..... len kali raya leh jemput lagi kitorang semua datang.....

Monday, 14 October 2013

SaLAM AidiLAdHa



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita sekali lagi dapat merayakan Hari Raya Aidiladha dalam memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. setelah mendapat perintah daripada Allah S.W.T melalui mimpinya...... Tak lupa juga kepada Jemaah Haji Malaysia yang terpilih menjadi tetamu di rumah Allah bagi menyempurnakan rukun islam ke 5 supaya sentiasa di permudahkan ibadah dan mendapat haji yang mabrur InsyaAllah amin..............


Thursday, 29 August 2013

AkTIviTI RamADHaN

SEPANJANG RAMADHAN


Salam semua pembaca tegar blog nie, kali nie aku pos sikit cerita aktiviti kerja sepanjang bulan Ramadhan almaklumlahkan bulan puasa nie tak boleh makan minumkan so slow skit la aktiviti outing carik patient...... Dekat-dekat nak masuk bulan Ramadhan lepas bos dapat arahan dari bos besar (hehehe) suruh kitorang carik lek sampel lab bagi kawasan jajahan Kota Marudu Sabah first visit sebab de doktor dari IMMB nak wat test pe xingat lak.......... Sampel yang nak carik xla banyak pun dalam 25 sampel je tapi di sebabkan keadaan bilik sejuk kat lab tingkat 1 nie dah huru hara maklumlah menumpang katanya (mengikut info lab tu di gunakan oleh student master tuk run test )........ Jadi diorang nie dengan selamba menolak kesana kemari sampel yang sebelum nie dah di kemas n di susun rapi serta di labelkan mengikut keperluan sampai jadi xtau kemana dah....... Nie la hasilnya bila nak guna kena punggah semua susun lek leklok dalam bilik sejuk tu dahla suhu -20 darjah beku habis 1 badan.....


Gambar bilik n sampel yang di punggah untuk kerja kerja pencarian (2 minit sekali tukar orang masuk carik n punggah sampel )..............



Gambar tekun masing-masing cari sampel yang di perlukan sambil memperbetulakn dan merekodkan id sampel dalam maxicold samada ianya masih ada ataupun hilang.......


Hasil pencarian berhari-hari selama sebulan nie lebih kurang 11 sampel je yang berjaya di temui yang selebihnya akan menyusul kemudian di sebabkan banyak lagi kerja yang perlu disiapkan.......... Hopefully jumpala semua sampel kalau tak jenuh la nak korek mana tak tau.... FOR PURE RA TEAM GUD LUCK dalam menyempurnakan misi pencarian........... Nantikan lagi cerita baru dalam Entri seterusnya InsyaAllah.....

Friday, 23 August 2013

BrOGa HiLL

07/07/2013

Salam Jumaat penghulu sekalian hari....... Seteleh sekian lama sibuk menguruskan macam2 hal harinie aku nak hupdet skit crita lama beberapa hari sebelum umat Islam menunaikan Rukun Islam ke 4 dengan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang xdan nk upload hehehe..... Sebelum 2 aku nak cerita serba sikit pasal Bukit Broga nie :

1. Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 
    kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
2. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum 
    sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi
    lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
3. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar 
    matahari terbit dan terbenam.
4. Pendakian sejauh 1.7km yang mengambil masa 1 jam bagi pendaki amatur dan 1/2 jam 
    bagi pendaki expert. Ianya juga terletak bersebelahan dengan Gunung Tok Wan sejauh 
    4.8km.

Perjalanan kitorang bermula pukul 5.30am berkumpul di Fakulti Perubatan Uitm Sungai Buloh. Bertolak ke Bukit Broga lead by Rahimi n singgah bersembahyang subuh serta membeli sedikit sarapan sebelum mendaki di hentian Sungai Besi..... Sampai di tapak parking di kaki bukit Broga lebih kurang 7.30am sebab x kejar sunrise pun n tujuan datang sebab nak beriadah dengan bayaran parking kalau x silap rm 2.00 di tanah kebun kelapa sawit hak milik persendirian..... Berbekalkan sedikit sarapan n bekalan makanan untuk kudapan di puncak hasil dari kutipan semua terlibat, kitorang memulakan pendakian.......

 Pendakian yang mengambil masa 1 jam sebab semua pendaki amatur n kepenatan hehehe......

 
 Bergambar di sekitar puncak Bukit Broga dengan pelbagai aksi dan gaya........

Bekalan makanan hasil kutipan lepas penat mendaki......

 Pemandangan dari puncak Bukit Broga.....

Gambar-gambar candid sepanjang berada di puncak Bukit Broga.......

 Perjalanan menuruni Bukit Broga sempat g bergambar........

Seperti selalu perkara yang x di rancang akan berlaku, dengan keadaan sehelai sepinggang dan lagi tringat nak mandi air terjun pulak...... So fikir punya fikir tringat masa nak sampai tadi terbaca signboard air terjun Sungai Tekala n mulalah masing2 duk carik dalam map...... Thanks 2 garmin maps..... Dengan berbekalkan sehelai sepinggang decide la nak shopping baju mandi kat tesco berdekatan. Dah dapat semua yang di carik, apalagi jom mandi......

Semangat mandi air terjun..... pape pun air terjun xdapat dipisahkan........

Serba sedikit info pasal Air Terjun Sungai Tekala nie :

Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :

  • Gerai menjual makanan dan minuman
  • Surau
  • Bilik persalinan
  • Tempat berteduh
  • Tong sampah
Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang.
Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :

  1. Meranti
  2. Meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
  3. Meranti tembaga ( shorea leprosula )
  4. Penarahan ( myristieaceae )
  5. Keruing mempelas ( diptrocarpus crinitus )
  6. semaian pokok petai
  7. Durian
  8. Jering.
Cukup dah cerita arinie dah panjang berjela dah, next time aku update g cerita terbaru ok....... Time kasih Allah dan pada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali nie.... InsyaAllah len kali kita planning lagi....



Tuesday, 6 August 2013

SALAM LEBARAN 1434H



Setelah berjuang selama sebulan menahan lapar dan dahaga serta nafsu kini tibalah hari yang di nanti iaitu Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2013 sebagai tanda kemenangan seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Saya dengan ini menyusun 10 jari memohon ribuan ampun dan maaf andai terdapat kesalahan terguris perasaan mana2 pihak dalam menulis semua entri di dalam blog ini samaada dengan sengaja ataupun tidak..... WASSALAM......

Saturday, 27 July 2013

HOUse 2 HouSE Ulu DOng

3rd Year Follow UP

14/06/13-16/06/13


Salam 18 Ramadhan bagi seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. , entri kali nie aku nak cerita sikit pasal house 2 house follow up kitorang kat Ulu Dong Raub Pahang. Sama seperti entri House 2 House Ketereh yang mana nie adalah usaha terakhir yang kami semua lakukan untuk mencari peserta program agar tidak lenyap macam tue je.... Untuk pengetahuan korang semua, kawasan Ulu Dong nie lah pernah terpahat sejarah pahit di mana kalau korang semua ingat kejadian pembunuhan paling kejam dalam Malaysia iaitu bekas Adun Batu Talam , Pahang Datuk Mazlan Idris yang dilakukan oleh Mona Fendi pada tahun 1993.... Cerita selanjutnya korang leh baca kat link nie Pembunuhan paling kejam . Tapi sekarang kawasan Ulu Dong lebih di kenali sebagai kwasan eco pelancongan antaranya air terjun Lata Jarum serta terdapat beberapa Homestay Pulau Chekas yang di miliki oleh penduduk stempat. Menurut cerita penduduk setempat, rumah milik Mona Fendi juga telah dirobohkan penduduk kampung bagi mengelakkan sebarang aktiviti tidak sihat berlaku. Okay sambung balik bab kerja dah jauh menyimpang nieh... kami bertolak pukul 3 petang dari kampus menaiki van yang di pandu oleh Abang Jamsani dan sampai lebih kurang pukul 5 petang di tempat penginapan biasa iaitu Hotel Jelai Raub sebab kemudahan yang di sediakan lengkap beserta sarapan pagi and agak murah dan selesa berbanding hotel lain. So sapa yang kesana bercadang nak menginap boleh lah search dalam google pasal hotel nie... 

HAri PERtama

 Hari Pertama kami di bantu oleh penduduk kampung lebih di kenali sebagai Ustaz atau cikgu oleh masyarakat orang asli di situ kerana beliau pernah berkhidmat sebagai guru agama yang mengajar dan menjaga kebajikan mereka..... dengan kitorang Ustaz nie lebih mesra jika di panggil dengan panggilan Bong....

 Misi mengenalpasti dan mencari peserta program kebetulan penduduk kampung de wat majlis aqiqah haritu di surau mereka secara x langsung kitorang di jemput sama tapi semua konon malu-malu kucing la padahal dapat mkan xingat malu dah hehehe and boleh dikatakan masakan penduduk kampung memang sedap2 lah..... sory gambar makan xupload : ( .........


  Rumah seterusnya lepas kenyang makan free hehehe termasuk 2 orang masyarakat orang asli..... Bong memakai baju bewarna oren dalam gambar..........

Lepas 1 rumah ke 1 rumah kitorang terjah macam2 jumpa de yang xde kat rumah de yang kematian ahli keluarga n de yang rumah de anjing kt luar pagar rumah tapi xpasti mana datang anjing 2 samada bela ataupun liar kerana peserta 2 islam...


Antara pemeriksaan yang di jalankan ke atas peserta..... makcik yang dalam gambar sebelah kanan nie duk becerita pasal rumahnya yang baru terbakar katanya n duk 2 beradik jer skarang anak2 dah besar bawak haluan masing2...... tringat sok kita dah tua cmne la nasib kita nanti hanya Allh S.W.T je yang tahu.....  


 Akak yang sebelah kiri gambar tengah sibuk buat lemang tempahan pelanggan n masa follow up tahun kedua rumah akak nie baru lepas terbakar....

 HAri KEdua



 Hari kedua selepas sarapan n check out hotel misi mencari peserta di teruskan lagi bagi mencari baki yang belum jumpa tetapi hari nie bergerak sendiri tanpa di bantu Bong sebab tinggal x banyak n kebetulan Bong de urusan lain.....

 Habis je mencari baki peserta yang tinggal pe lagi sebelum bertolak balik rehatkan minda n badan dulu mandi kat kawasan Rekriasi Hutan Lipur Air Terjun Lata Jarum seperti yang di ceritakan awal tadi....
Dah sejuk beku mandi n makan makanan ringan yang di beli sebelum mandi tadi, terus salin baju n bertolak balik ke kampus...... dalam perjalanan balik singgah makan di pekan Raub dulu sebab lapar penangan mandi tadi n boleh di katakan pekan Raub memang susah nak cari kedai makan yang masakannya sedap n murah sebab kat Raub harga makanan macam kat KL...... Kenyang makan kononya nak singgah mandi air panas kat Bentong lak tapi sampai je terus x jadi mandi sebab tengok kolam air panas die tak best n dekat ngan jalan agak terbuka n xde kemudahan asas (tak di selenggara dengan sempurna) so terus jela balik kampus........