HEALTH SYSTEM APPRAISAL
19th-30th AUGUST 2013
KUALA LUMPUR MALAYSIA
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (Profesor Dato' Dr Khalid Yusoff)
Population Health Research Institute (PHRI) Canada ( Robby Nieuwlaat & Tara McCready)
London School Of Hygiene And Tropical Medicine (LSHTM) (Isabelle Risso-Gill & Charlotte Kuhlbrandt)
PENGENALAN
Kami sedang menjalankan satu projek penyelidikan mengenai bagaimana Hipertensi di rawat di Malaysia. Dalam penyelidikan ini, kami akan menemubual pesakit,kakitangan kesihatan, pembuat dasar dan wakil pihak-pihak berkenaan termasuklah anda.
TUJUAN PENYELIDIKAN
Penyelidikan ini bertujuan melihat bagaimana pesakit-pesakit hipertensi mendapat penjagaan kesihatan, bagaimana mereka mendapat ubat-ubat secara berkala, bagaimana mereka disusuli, dan bagaimana komplikasi di elakkan. Kami juga ingin mengetahui apakah faktor-faktor (dalam dan di luar sistem kesihatan) yang menolong atau menghalang keberkesanan rawatan dan kawalan penjagaan.
KENAPA PENYELIDIKAN INI DI LAKUKAN
Tekanan darah tinggi merupakan risiko utama bagi penyakit jantung dan strok. Namun demikian, sebahagian besar penyakit hipertensi terus mengalami tekanan darah yang tidak terkawal seperti yang di syorkan oleh Garis Panduan. Kami perlu memahami sepenuhnya tentang faktor-faktor yang memungkinkan penjagaan optimum, dan apa faktor-faktor yang menghalangnya. Seterusnya kami ingin menterjemahkan penemuan ini kedalam aktiviti harian. Tujuan kami ialah untuk menyediakan satu penilaian terhadap sistem ini bagi tujuan diagnosis, rawatan dan kawalan tekanan darah tinggi, dan membantu memahami pengalaman pemain-pemain di peringkat hadapan (pesakit dan doktor). Kami akan berusaha mengenalpasti halangan supaya kawalan dan rawatan penyakit darah tinggi di Malaysia lebih efektif.
Penerangan berkaitan projek n sesi berkenalan antara 1 sama lain.....
Muka-muka semangat nak training.....
Perbincangan secara berkumpulan.....
Sambil berbincang sambil mengopi.....
Tunjuk ajar n sesi perbincangan berkumpulan
Lakonan n tujuk ajar etika melaksanakan tugas.....
Antara ragam peserta sepanjang training.....
Lagi ragam peserta sepanjang training.....
Perbincangan dan penerangan projek
Pembentangan hasil perbincangan kumpulan 1.....
Pembentangan hasil perbincangan kumpulan 2.....
Pembentangan hasil perbincangan kumpulan 1.....
Antara intipati dan jalan kerja projek HOPE-4
Gambar candid sepanjang training.....
Bergambar kenangan.....